Tlatoani

Tlatoani (disebut [tɬaʔtoˈ(w)aːni]; jamak tlatoque, [tɬaʔˈtoʔkeʔ]) atau Cihuatlatoani ([siwaːtɬaʔtoˈ(w)aːni]), untuk wanita) merupakan istilah bahasa Nahuatl menggelarkan pemerintah āltepētl, suatu badan politi berupa negara kota yang wujud dalam tamadun Aztek. Perkataan ini pada asalnya ditafsirkan sebagai "pembicara" daripada tlahtoā atau tlajtoa bermaksud "berkata-kata" (hablar) namun gelaran ini dilanjutkan lebih tepatnya sebagai "ketua" setaraf kedudukan "raja".

Wewenang dipegang ke atas negara-negara kota ini lama-kelamaan tergabung di mana kesemua kawasan ini diperintah suatu huey tlahtoāni ("Pembicara Besar") yang bertindak mirip seorang maharaja.