Titik tigaan
Dalam termodinamik, titik tigaan (triple point) sesuatu bahan ialah suhu dan tekanan di mana ketiga-tiga fasa (gas, cecair dan pepejal) bahan tersebut boleh wujud bersama-sama dalam keseimbangan termodinamik. Misalnya, titik tigaan raksa berlaku pada suhu −38.8344 °C dan tekanan 0.2 mPa. Selain titik tigaan antara pepejal, cecair dan gas, terdapat juga titik tigaan yang melibatkan lebih daripada satu fasa pepejal bagi bahan-bahan dengan banyak polimorf. Helium-4 ialah keadaan istimewa yang menunjukkan titik tigaan yang melibatkan dua fasa bendalir berbeza (lihat titik lambda). Secara umumnya, bagi satu sistem dengan p fasa berkemungkinan, terdapat titik tigaan.
Titik tigaan air digunakan untuk menakrifkan unit kelvin, unit asas SI bagi suhu termodinamik. Angka yang diberikan bagi suhu titik tigaan air ialah takrifan tepat dan bukannya kuantiti yang diukur. Titik tigaan beberapa bahan digunakan untuk menakrifkan titik-titik dalam skala suhu antarabangsa ITS-90, daripada titik tigaan hidrogen (13.8033 K) hingga ke titik tigaan air (273.16 K).