Takat asap
Takat asap (atau titik asap) suatu minyak atau lemak tertentu ialah suhu di mana minyak tersebut menghasilkan asap kebiruan yang boleh dilihat di bawah keadaan yang khusus dan tertentu. Takat sebegini bergantung kepada beberapa faktor seperti aliran udara, jenis dan sumber cahaya yang dipancarkan, serta mutu minyak dan keasidannya yang juga dikenali sebagai kandungan asid lemak bebas (free fatty acid content). Semakin banyak kandungan asid lemak bebas dalam sesejenis minyak itu bermakna masa yang diambil untuk menguraikan minyak sehingga mula menghasilkan asap akan menjadi lebih cepat. Lebih tinggi mutu minyak tersebut, maka kandungan asi d lemak bebas menjadi lebih rendah seterusnya menginggikan takat asap minyak tersebut. Walau bagaimanapun, ia amatlah ditekankan bahawa kandungan asid lemak tersebut merupakan kurang daripada 1% jumlah minyak seterusnya menjadikan takat asap yang terhasil suatu penunjuk yang lemah mengenai keupayaan minyak contoh menahan haba.
Takat asap suatu jenis minyak itu berkait rapat dengan tahap penapisan minyak tersebut sewaktu penghasilannya.