Tiraspol

Tiraspol adalah ibu kota Transnistria yang terletak di tepi timur Sungai Dniester, pada koordinat 46°51′N, 29°38′E. Jika ia dianggap sebagai sebahagian dari Moldova, maka Tiraspol merupakan bandar kedua terbesar di negara itu. Kota seluas 85 km² ini berpenduduk 266,789 jiwa (2005). Vyktor Kostirko merupakan datuk bandar Tiraspol sejak 2003. Unsur komunisme masih kental di bekas wilayah USSR ini. Misalnya, beberapa patung Lenin dapat terlihat berdiri tegak di sana. Kota penghasil barang-barang perabot dan elektronik ini dapat dicapai dengan perkhidmatan bas awam dari Kishinev atau Comrat di Gagauzia. Pada tahun 1989, penduduk Tiraspol berjumlah sekitar 190,000 jiwa, yang terdiri dari 41% etnik Rusia, 32% Ukraine dan 18% Romania.