Tindak balas nuklear

Dalam fizik nuklear, sebuah tindak balas nuklear melanggarkan dua nukleus atau zarah dua atom asing berhasil jauh beza dari produk awal. Pada prinsipnya sebuah tindak balas dapat melibatkan lebih dari dua partikel yang belanggar, tetapi kejadian tersebut sangat jarang. Dikenal dua tindak balas nuklear, iaitu tindak balas pelakuran nuklear yang menggabungkan dua atau lebih nukelus menjadi atom baru dan pembelahan nuklear. Reaksi pelakuran nuklear menghasilkan tenaga, juga dikenal sebagai tindak balas yang bersih.

Reaksi pembelahan nuklear adalah tindak balas pembelahan nukleus atom akibat berlanggar dengan nukelus atom lainnya, dan menghasilkan tenaga dan atom baru yang berjisim lebih kecil, serta radiasi elektromagnetik. Reaksi pelakuran juga menghasilkan radiasi sinar alfa, beta dan gama yang sangat membahayakan manusia.

Contoh tindak balas pelakuran nuklear adalah tindak balas yang terjadi dalam nukleus hampir semua bintang di alam semesta. Senjata bom hidrogen juga memanfaatkan prinsip tindak balas pelakuran tak terkawal. Contoh tindak balas ini adalah letupan senjata nuklear dan pembangkit tenaga elektrnik janaan nuklear.

Unsur yang sering digunakan dalam tindak balas fisi nuklear adalah Plutonium (terutama isotop 239) dan Uranium (terutama isotop 235), sedangkan dalam tindak balas pelakuran nuklear adalah litium dan hidrogen (terutama litium-6, Deuterium, Tritium).