Tindak balas berantai proton–proton

Tindak balas berantai proton-proton ialah salah satu daripada beberapa tindak balas pelakuran di mana bintang-bintang menukarkan hidrogen kepada helium, dan alternatif utamanya ialah kitaran CNO. Rantaian proton-proton paling banyak berlaku dalam bintang-bintang bersaiz Matahari atau lebih kecil.

Secara umum, pelakuran proton-proton boleh berlaku hanya jika suhu (iaitu tenaga kinetik) proton-proton adalah cukup tinggi untuk mengatasi penolakan Coulumb atau elektrostatik bersama mereka.

Di dalam Matahari, tindak balas yang menghasilkan deuterium adalah sangat jarang (diproton, hasil tindak balas nuklear yang lebih biasa di dalam suatu bintang, mereput dengan pantas kepada dua proton) sehinggakan satu penukaran penuh hidrogen suatu bintang mengambil lebih daripada 1010 (sepuluh bilion) tahun dalam keadaan lazim terasnya. Matahari masih lagi bersinar pada hari ini disebabkan kadar tindak balas ini yang perlahan; sekiranya ia berlaku pada kadar yang lebih tinggi, Matahari pasti akan kehabisan hidrogennya lama dahulu.