Tin minuman

Tin minuman (Jawi: تين مينومن) atau kupi (Jawi: کوڤي) dalam loghat Kelantan ialah bekas logam direka bagi menyimpan cecair yang boleh dibuka dan diminum terus. Pelbagai minuman boleh disimpan dalam bekas seumpama ini baik yang ringan berkarbonat, beralkohol, jus buah, teh, minuman tenaga dan sebagainya.

Ia lazim diperbuat daripada aluminium (75% yang dihasilkan seluruh dunia) atau keluli berlapis timah (25%). Sekitar 370 bilion tin dihasilkan setiap tahun.