Tigmanshu Dhulia
Tigmanshu Dhulia | |
|---|---|
Dhulia di pelancaran DVD Paan Singh Tomar, 2012 | |
| Kelahiran | 3 Julai 1967 |
| Pekerjaan | Pengarah filem, penerbit filem, penulis skrip, pelakon |
| Tahun aktif | 1991–kini |
Tigmanshu Dhulia (lahir 3 Julai 1967) ialah seorang penulis dialog filem, pengarah, pelakon, penulis skrip, penerbit dan pengarah pemilihan pelakon India yang dikenali menerusi karya-karyanya di pawagam dan televisyen Hindi. Beliau menulis dialog untuk filem 1998 Dil Se.., yang merupakan filem Bollywood pertama yang masuk dalam senarai sepuluh teratas di England, dan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin. Kerjayanya sebagai pengarah juga mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan filem biografi, Paan Singh Tomar yang ditayangkan perdana di Festival Filem London BFI 2010. dan filem drama thriler Saheb, Biwi Aur Gangster.