Tiga Majus

Menurut Injil Matius, tiga orang majus diceritakan datang dari sebelah Timur setelah dikhabarkan adanya suatu orang dijolok "raja segala orang Yahudi" yang telah dilahirkan di Betlehem di Yerusalem — yakni, Yesus Kristus — lalu mereka mengembara ke bandar tersebut dengan membawa hadiah yang bernilai tinggi: emas, kemenyan dan morhabshi.

Mereka dipandukan suatu bintang yang bersinar terang di mana mereka singgah sementara ke Jerusalem di mana mereka berjumpa pembesar bandar tersebut, Herodes; Herodes sendiri sedang merancang mahu membunuh sesiapa yang disyaki mengancam menggulingkannya. Ketiga-tiga majus ini meneruskan perjalanan mereka sehingga mereka sampai di Yerusalem untuk menghadiahkan Yesus, Maria yang melahirkannya dan Yosef yang menjaga mereka berdua. Raja-raja dari timur ini kemudian diperingatkan dalam mimpi oleh malaikat atas rancangan jahat Herodes terhadap bayi Yesus dan akhirnya mereka memutuskan untuk pulang melalui jalur yang berbeza.