The Voice (Amerika Syarikat)
| The Voice | |
|---|---|
| Genre | Rancangan televisyen realiti |
| Pencipta | John de Mol |
| Pengarah | Alan Carter |
| Pengacara |
|
| Juri | |
| Penggubah | Martijn Schimmer |
| Negara asal | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
| Bilangan musim | 18 |
| Bilangan episod | 440 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif |
|
| Penerbit |
|
| Lokasi | Los Angeles, California |
| Tempoh siaran | 44–104 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Syarikat pengedaran | Warner Bros. Television Distribution |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | NBC |
| Format gambar | HDTV 1080i |
| Format audio | Dolby Digital 5.1 |
| Siaran asal | 26 April 2011 – kini |
| Kronologi | |
Rancangan berkaitan | The Voice (franchise) |
| Pautan luar | |
| Laman rasmmi | |
The Voice merupakan rancangan pertandingan nyanyian realiti yang disiarkan menerusi NBC. Ia merupakan adaptasi dari The Voice of Holland, konsep siri ini adalah untuk mencari bakat nyanyian (solo atau duet, profesional dan amatur) oleh peserta berumur seawal 13 tahun, yang dipilih melalui ujibakat. Pemenang ditentukan melalui pilihan penonton melalui undian telefon, Internet, SMS, dan pembelian rekod persembahan peserta melalui iTunes Store. Pemenang akan menerima US$100,000 dan kontrak nyanyian dengan Universal Music Group. Antara pemenang dari musim pertama sehingga ke-17 adalah: Javier Colon, Jermaine Paul, Cassadee Pope, Danielle Bradbery, Tessanne Chin, Josh Kaufman, Craig Wayne Boyd, Sawyer Fredericks, Jordan Smith, Alisan Porter, Sundance Head, Chris Blue, Chloe Kohansaki, Brynn Cartelli, Chevel Shepherd, Maelyn Jarmon, dan Jake Hoot.
Setiap musim, empat orang jurulatih akan dilantik untuk mengkritik persembahan peserta dan membimbing pasukan yang terdiri daripada para peserta yang dipilih sepanjang musim itu berlangsung. Selain peserta, pemenang setiap musim juga terdiri daripada jurulatih kepada pemenang. Penyanyi yang pernah menjadi jurulatih adalah Adam Levine (musim 1-16), Blake Shelton, Christina Aguilera (musim 1–3, 5, 8, 10), CeeLo Green (musim 1–3, 5), Shakira (musim 4, 6), Usher (musim 4, 6), Gwen Stefani (musim 7, 9, 12, 17), Pharrell Williams (musim 7–10), Miley Cyrus (musim 11, 13), Alicia Keys (musim 11–12, 14) Jennifer Hudson (musim 13, 15), Kelly Clarkson (musim 14-), John Legend (musim 16-) dan Nick Jonas (musim 18-).
The Voice mula bersiaran pada 26 April 26, 2011. Musim ke-17 telah mula disiarkan pada 23 September 2019. Pada 18 Oktober 2016, NBC telah mengesahkan pembaharuan musim ke-13.