The Umbrella Academy (siri TV)

The Umbrella Academy
Genre
  • Black comedy
  • Drama
  • Science fiction
  • Superhero
  • Fantasy
Berdasarkan daripada
The Umbrella Academy oleh
Dibangunkan oleh
Dibintangi oleh
PenggubahJeff Russo
Negara asalAmerika Syarikat
Bahasabahasa Inggeris
Bilangan musim1
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Gerard Way
  • Gabriel Bá
  • Jeremy Slater
  • Scott Stuber
  • Beau Bauman
  • Mike Richardson
  • Keith Goldberg
  • Peter Hoar
  • Jeff F. King
  • Steve Blackman
Penerbit
  • Kevin Lafferty
  • Sneha Koorse
Penyunting
  • Jon Dudkowski
  • Timothy A. Good
  • Amy Duddleston
  • Wendy Tzeng
  • Todd Desrosiers
  • Brian Beal
  • Amanda Panella
Lokasi
Sinematografi
  • Neville Kidd
  • Craig Wrobleski
Tempoh siaran45–60 minit
Syarikat penerbitan
  • Borderline Entertainment
  • Dark Horse Entertainment
  • Universal Cable Productions
Syarikat pengedaran
Netflix
NBCUniversal Television Distribution
Penyiaran
Saluran asalNetflix
Format gambar4K (16:9 UHDTV dalam julat dinamik tinggi)
Format audioDolby Digital
Siaran asal15 Februari 2019 (2019-02-15) – kini
Pautan luar
Laman web rasmi

The Umbrella Academy ialah siri televisyen adiwira Amerika adaptasi siri komik berjudul sama karya Gerard Way bersama Dark Horse Comics. Ia mengisahkan sebuah keluarga adiwira angkat yang berkumpul semula untuk menyelesaikan misteri kematian penjaga mereka serta menangani ancaman suatu kiamat berkaitan kejadian ini yang dirancang bakal berlaku. Siri ini diterbitkan dibangunkan oleh Steve Blackman dan Jeremy Slater untuk Netflix serta Borderline Entertainment, Dark Horse Entertainment dan Universal Cable Productions.

Pelakon ensembel menampilkan Ellen Page, Tom Hopper, David Castañeda, Emmy Raver-Lampman, Robert Sheehan, Aidan Gallagher, Cameron Britton, dan Mary J. Blige. Adaptasi ini mula berkembang sebagai sebuah filem yang dipilih oleh Universal Pictures pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, ia akhirnya ditangguhkan memihak kepada siri televisyen pada tahun 2015, sebelum diterima secara rasmi oleh Netflix pada Julai 2017. Siri ini difilemkan di Toronto dan Hamilton, Ontario.

Musim pertama dikeluarkan pada Netflix pada 15 Februari 2019. Ia menerima ulasan positif dari pengkritik, dengan banyak memuji pelakon dan visual, walaupun nadanya dikritik. Pada April 2019, Netflix melaporkan bahawa 45 juta isi rumah telah menyaksikan satu musim semasa bulan pertama keluarannya. Bulan yang sama, siri ini disambung musim keduanya.