Les Trois Mousquetaires
"D'Artagnan, Athos, Aramis, et Porthos" Ilustrasi utama edisi London 1894 lakaran Maurice Leloir | |||
| Umum | |||
|---|---|---|---|
| Pengarang | Alexandre Dumas | ||
Tajuk asal | Les Trois Mousquetaires | ||
| Negara | Perancis | ||
| Bahasa | bahasa Perancis | ||
| Genre | Cereka sejarah, cereka pengembaraan | ||
Tarikh penerbitan | Mac–Julai 1844 (bersiri) | ||
| Halaman | k. 700 m.s. (mengikut edisi cetakan) | ||
| Kronologi | |||
| |||
Les Trois Mousquetaires (Tiga Mousquetaire, tajuk dalam bahasa Inggeris: The Three Musketeers ialah sebuah novel pengembaraan tahun 1844 karya Alexandre Dumas. Novel ini mula diterbitkan secara bersiri semasa Monarki Julai dari bulan Mac hingga Julai 1844 dalam akhbar La Siècle.
Novel ini didasarkan riwayat hidup Charles de Batz-Castelmore d'Artagnan melalui watak D'Artagnan yang merantau ke Paris untuk menyertai Mousquetaires de la garde di mana dia bertemu tiga orang askar sekawan di sana di mana mereka mendedahkannya kepada banyak keadaan yang menggentingkan ehwal kerajaan Perancis semasa pemerintahan Ancien Régime.