The Powerpuff Girls

The Powerpuff Girls adalah siri animasi yang mengisahkan tiga orang gadis yang berjuang menentang jenayah dan musuh yang menghancurkan bandaraya Townsville.Diperbuat daripada gula,rempah ratus, dan lain-lain lagi dan campuran bahan kimia X, maka terhasilah The Powerpuff Girls. Siri kartun tersebut telah direka oleh seorang pereka kartun dari Amerika Syarikat Craig McCracken dan diterbitkan oleh Hanna Barbera dan Cartoon Network. Siri kartun ini pernah ditayangkan di seluruh dunia termasuk Malaysia menerusi saluran NTV7 pada setiap hari Ahad jam 9.00 pagi. Siri kartun ini juga telah mempunyai sebuah filem sendiri iaitu The Powerpuff Girls Movie.

Sementara itu, siri anime Demashita! Powerpuff Girls Z dari Jepun telah diadoptasikan dari siri kartun yang sama.