The Post (filem)

The Post
PengarahSteven Spielberg
Penulis
  • Liz Hannah
  • Josh Singer
Dihasilkan oleh
  • Steven Spielberg
  • Kristie Macosko Krieger
  • Amy Pascal
Dibintangi
SinematografiJanusz Kamiński
Disunting oleh
  • Michael Kahn
  • Sarah Broshar
Muzik olehJohn Williams
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 14 Disember 2017 (2017-12-14) (Newseum)
  • 22 Disember 2017 (2017-12-22) (United States)
Masa tayangan
116 minit
NegaraAS
BahasaEnglish
Bajet$50 juta
Pecah panggung$3.8 juta

The Post merupakan filem Amerika Syarikat tahun 2017 yang diarahkan dan diterbitkan oleh Steven Spielberg serta ditulis oleh Liz Hannah dan Josh Singer. Berlatar belakangkan awal tahun 1970-an, filem ini dibintangi oleh Meryl Streep, Tom Hanks, Sarah Paulson, Bob Odenkirk, Tracy Letts, Bradley Whitford, Bruce Greenwood, Carrie Coon, dan Matthew Rhys. The Post berkisarkan wartawan-wartawan dari The Washington Post dan The New York Times yang menyiarkan Pentagon Papers iaitu berkaitan penglibatan kerajaan Amerika Syarikat ketika Perang Vietnam.

Pengambaran filem ini dilakukan di Bandar Raya New York pada Mei 2017. Ia telah ditayangkan di Newseum di Washington, D.C. pada 14 Disember 2017, dan disiarkan secara terhad di Amerika Syarikat pada 22 Disember 2017 sebelum diedarkan secara meluas pada 12 Januari 2018.

The Post menerima pujian dari para pengkritik filem terutama pujian terhadap lakonan Streep, Hanks dan Odenkirk. Filem ini telah dipilih oleh National Board of Review sebagai filem terbaik bagi tahun 2017, manakala majalah Time dan American Film Institute menamakan filem ini sebagai salah satu daripada sepuluh filem terbaik tahun 2017. Filem ini menerima enam pencalonan iaitu Filem Terbaik - Drama, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik - Drama (Streep), Pelakon Lelaki Terbaik - Drama (Hanks), Skrip Terbaik dan Skor Asal Terbaik di Anugerah Golden Globe ke-75.