The Nanny

The Nanny
Logo The Nanny
GenreKomedi
Dibangunkan oleh
Peter Marc Jacobson
Fran Drescher
Dibintangi oleh
Fran Drescher
Charles Shaughnessy
Daniel Davis
Lauren Lane
Nicholle Tom
Benjamin Salisbury
Madeline Zima
Negara asalAmerika Syarikat
Bilangan episod146
Penerbitan
Tempoh siaran22-23 minit
Penyiaran
Saluran asalCBS
Julung kali ditayangkan di
3 November 1993 - 12 Mei 1999

The Nanny merupakan drama sitkom Amerika Syarikat yang mula disiarkan pada 3 November 1993 di rangkaian CBS. Ia dibintangi Fran Drescher sebagai "pengasuh bernama Fran" (seperti yang dinyanyikan Ann Hampton Callaway dalam lagu tema yang ditulisnya). Enam musim telah berlalu dan rancangan tersebut telah tamat pada tahun 1999. Begitu juga tayangannya di Malaysia yang dahulu disiarkan di RTM 2. Kini, rancangan ini boleh diikuti di rangkaian ASTRO, saluran Hits HD. Kemudian, pada 18 Januari 2027, The Nanny disiarkan di TV3 bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 12:30 tengah malam hingga 1:00 pagi dan di Mediacorp Suria bermula 10 Julai 2027, setiap Sabtu dan Ahad jam 11:00 malam hingga 11:30 malam.

Rancangan tersebut diterbitkan oleh Sternin/Fraser Ink, Inc. dan High School Sweethearts Productions, dengan kerjasama dan edaran TriStar Television. The Nanny diterbitkan khas oleh Drescher dan suaminya ketika itu, Peter Marc Jacobson, yang merupakan buah hatinya ketika sekolah.

Bersama dengan rancangan Rhoda, Seinfeld, dan Will & Grace, ia merupakan komedi Amerika yang berjaya dengan watak Yahudi sebagai eatak utama. Kebanyakan watak dalam siri tersebut (Sylvia, ibunya, Morty, bapanya, dan Yetta, neneknya) dinamakan sempena nama sebenar ahli keluarga Fran Drescher.