The Libertines

The Libertines
Maklumat latar belakang
AsalLondon , United Kingdom
GenrePengembalian rock garaj
Rock indie
Pengembalian pasca-punk
Rock alternatif
Tahun aktif1997
DiskografiLihat: The Libertines discography (en)
Syarikat rakamanRough Trade (en)
Kegiatan berkaitanBabyshambles
Dirty Pretty Things
Yeti
The Chavs
Razorlight
AnggotaCarl Barât
Pautan berkaitan
Tapak sesawangthelibertines.com
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

The Libertines merupakan sebuah kugiran rock Inggeris yang dibentuk di London pada 1997 dan aktif sehingga 2004. Sebahagian daripada apa yang dipanggil sebagai pergerakan pengembalian rock garaj ketika itu, kugiran ini diteguhkan oleh kerjasama penulisan lagu dan keserasian antara Pete Doherty (vokal/gitar irama), Carl Barât (vokal/gitar utama), John Hassall (bes) dan Gary Powell (dram).

Kugiran ini memperoleh kemahsyuran pada awal 2000-an. Walaupun pada awalnya kejayaan arus perdana mereka adala terhad, profil mereka semakin memuncak melalui sebuah single #2 dan album #1 di Carta UK. Pada Disember 2004, album swa-judul mereka telah dipilih sebagai album kedua terbaik dalam tahun berkenaan oleh NME. Kedua-dua LP panjang penuh mereka telah diterbitkan oleh Mick Jones, dari kugiran punk British The Clash.

Walau bagaimanapun, muzik kugiran ini sering dibayangi oleh konflik dalamannya, kebanyakannya berpunca daripada ketagihan Doherti terhadap kokain dan heroin, menbawa kepada perpecahan kugiran ini. Ahli-ahli The Libertines telah menubuhkan kugiran baru, dengan tahap kejayaan komersil serta kritis yang berbeza-beza.