The Last: Naruto the Movie

The Last: Naruto the Movie
PengarahTsuneo Kobayashi
Cerita olehMasashi Kishimoto
BerdasarkanNaruto oleh
Masashi Kishimoto
Muzik olehYasuharu Takanashi
Tarikh tayangan
1 September 2014
29 Januari 2015
Negara Jepun
BahasaBahasa Jepun

The Last: Naruto the Movie merupakan siri filem ke-12 dalam siri Naruto mempamerkan genre aksi, pengembaraan dan romantik. Filem ini dibuat untuk menyambut ulang tahun ke-18 tahun bagi siri manga Naruto. Filem ini juga merupakan projek pertama dalam permulaan Projek Era Baru (新時代開幕プロジェクト, Shinjidai Kaimaku Purojekkuto), dan filem yang pertama menjadi siri rasmi dan sambungan jalan cerita dalam siri manga Naruto selepas bab 699 karya Masashi Kishimoto. Siri ini ditanyangkan pada 1 September 2014 sebelum jilid ke-72 (terakhir) dipasarkan pada Februari 2015. Slogan dalam filem ini iaitu, Episod terakhir; Permulaan cinta pertama (最後の物語は、はじめての愛。, Saigo no episōdo wa, hajimete no ai).