The Japan Times
| Jenis | Harian |
|---|---|
| Format | Terbitan lembaran lebar |
| Diasaskan | 1897 |
| Bahasa | Bahasa Inggeris |
| Ibu pejabat | Tokyo, Jepun |
| Edaran | 44,000 |
| Pemilik | News2u Holdings, Inc. |
| Presiden | Takeharu Tsutsumi |
| Ketua pengarang | Hiroyasu Mizuno |
| Penulis kakitangan | Lebih kurang 130 |
| ISSN | 0447-5763 |
| Nombor OCLC | 21225620 |
| Laman sesawang | www |
The Japan Times ialah akhbar harian bahasa Inggeris tertua dan terbesar Jepun. Syarikat yang menguruskan akhbar ini ialah The Japan Times Ltd., subsidiari kepada News2u Holdings, Inc. dan beribu pejabat di wad Chiyoda, Tokyo.
Akhbar ini diasaskan oleh Motosada Zumoto pada 22 Mac 1897 dengan harapan agar rakyat Jepun memperoleh peluang untuk membaca dan berbincang tentang isu-isu semasa dalam bahasa Inggeris agar Jepun dapat menyertai masyarakat antarabangsa.
Selain The Japan Times, syarikat akhbar juga menerbitkan dua lagi akhbar, yakni akhbar tabloid mingguan The Japan Times Weekly, dan Shukan ST, akhbar tabloid mingguan bagi golongan masyarakat Jepun yang sedang belajar bahasa Inggeris. Syarikat akhbar ini juga menerbitkan siri buku Genki, siri buku tentang pembelajaran bahasa Jepun. Akhbar-akhbar The Japan Times juga diarkibkan ke dalam platform atas talian.