The Godfather

The Godfather
PengarahFrancis Ford Coppola
Lakon layar
  • Mario Puzo
  • Francis Ford Coppola
BerdasarkanThe Godfather oleh
Mario Puzo
Dihasilkan olehAlbert S. Ruddy
Dibintangi
SinematografiGordon Willis
Disunting oleh
  • William Reynolds
  • Peter Zinner
Muzik olehNino Rota
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehParamount Pictures
Tarikh tayangan
  • 14 Mac 1972 (1972-03-14) (Loew's State Theatre
    N.Y)
  • 24 Mac 1972 (1972-03-24) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
177 minit
NegaraAmerika Syarikat
Bahasabahasa Inggeris
BajetUSD6–7.2 juta
Pecah panggungUSD246–287 juta

The Godfather ("Si Bapa Baptis") merupakan sebuah filem epik drama jenayah Amerika Syarikat tahun 1972 arahan Francis Ford Coppola. Ia merupakan adaptasi novel berjudul sama karya Mario Puzo yang mengisahkan perjalanan hidup keluarga Corleone yang berhijrah dari Sicilia, Itali untuk memulakan hidup baharu di Bandar Raya New York, Amerika Syarikat; filem ini lebih bertumpukan kepada watak Vito Corleone (lakonan Marlon Brando), ketua keluarga ini yang turut mengendalikan suatu kumpulan jenayah Mafia handalan. Filem ini turut dibintangi Al Pacino, James Caan, Richard Castellano, Robert Duvall, Sterling Hayden, John Marley, Richard Conte dan Diane Keaton.

Sejak penayangan filem ini pada 24 Mac 1972, ia disambut meriah atas persembahan dan pembikinannya sehingga banyak menaikkan nama para bintangnya termasuk Coppola dan Pacino; filem ini memenangi kategori-kategori Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik serta Lakon Layar Adaptasi Terbaik dalam 10 calonan diraih acara Anugerah Akademi ke-45 tahun sama. Ia turut dianggap sebagai antara filem terhebat dihasilkan Amerika Syarikat sepanjang zaman. Ia dipilih Pejabat Pendaftaran Filem Kebangsaan Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat atas kepentingannya dari segi "budaya, sejarah, atau estetik" pada tahun 1990.