The Arrow Collar Man

The Arrow Collar Man (Melayu: Jejaka Kolar Arrow) adalah nama timangan yang diberikan kepada model-model lelaki yang telah muncul dalam iklan kemeja dan kolar baju pasang muat yang dihasilkan oleh Cluett Peabody & Company (Cluett Peabody & Saudara) di Troy, New York. Kempen asal telah berlangsung dari tahun 1905 sehingga tahun 1931, walaupun sebelum itu, syarikat tersebut telah menggelar lelaki dalam iklan dan para penggunanya sebagai "Arrow Men" (Jejaka Arrow).