Thaler Zürich
| Zürich thaler | |
|---|---|
| MONETA REIPUBLICÆ TIGURINÆ, jata bandar raya bujur, dengan dua ekor singa mendompak | DOMINI CONSERVA NOS IN PACE, pemandangan bandar raya dari udara |
| AG | |
Thaler Zürich ialah mata wang Kanton Zürich sehingga 1798. Ia dibahagikan kepada 2 Gulden, dengan setiap Gulden bernilai 36 Schillinge. Setiap Schillinge dibahagikan pula kepada 4 Rappen atau 12 Haller. Thaler Zürich bernilai 1⁄11 Mark Cologne.
Duit syiling Thaler, bersama-sama dengan Doppelthaler dan halbe Thaler, ditempah di Zürich buat pertama kali pada abad ke-16. Duit syiling pertama yang bertarikh ialah duit syiling Guldiner yang ditempah pada 1512. Pada akhir abad ke-18, duit syiling perak dikeluarkan dalam jenis mata wang 5 dan 20 Schillinge, serta ½ and 1 Thaler. Thaler Zürich digantikan dengan Frank Republik Helvetia pada 1798, dengan duit syiling tersebut kemudian digantikan pula dengan Frank Zürich.