Tesla Model Y

Tesla Model Y ialah kereta kompak rentasan elektrik bateri yang dikeluarkan oleh Tesla, Inc., dan dilancarkan pada Mac 2019, ia mula dihasilkan di kilang Fremont pada Januari 2020, dan memulakan penghantaran pada 13 Mac 2020.

Pada suku pertama 2023, Model Y telah mengatasi penjualan Toyota Corolla sebagai kereta terlaris di dunia, dan menjadi kenderaan elektrik pertama yang mendapat gelaran itu.