Terracotta

Terracotta (disebut [ˌtɛrraˈkɔtta]; serapan Bahasa Itali turunan kata bahasa Latin terra cocta "tanah dibakar") adalah sejenis barang tembikar terbuat dari seramik tanah liat dibakar di mana badan barangan ini tidak berliang serta menampakkan warna kejinggaan atau keperangan yang tersendiri.

Bahan seramik ini biasanya digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan praktikal termasuk mangkuk pinggan dan pasu, pembetung saluran dan kumbahan, jubin atap, batu bata dan hiasan dalam pembinaan bangunan.