Terminal (elektronik)

Terminal ialah hujung bagi konduktor sesebuah komponen, peranti atau rangkaian elektrik yang membekalkan titik sambungan kepada litar luar. Sesebuah terminal mungkin cuma wayar atau mungkin dipasangkan dengan penyambung atau pengetat. Dalam alanisis rangkaian, terminal secara teori bermaksud titik pada mana sambungan kepada sesebuah rangkaian dan tidak semestinya merujuk kepada objek betul. Dalam konters ini, khususnya dalam dokumen-dokumen yang lebih lama, ia kadang-kala digelar "kutub" (atau pole dalam bahasa Inggeris).

Sambungannya mungkin sementara, seperti yang ada pada alat mudah alih, atau mungkin memerlukan alat untuk memasang dan membukanya, atau mungkin juga disambung secara kekal.