Teratak Kasih Salina

Teratak Kasih Salina ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 terbitan P&D Pictures Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Pali Yahya. Ia dibintangi oleh Ummi Nazeera, Aqasha dan Fazlina Ahmad Daud. Siri ini juga merupakan kesinambungan musim ketiga dan terakhir daripada siri drama Rindu Kasih dan memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 pada 18 Februari 2025 hingga 11 Mac 2025 menggantikan Akad Yang Terlindung.

Teratak Kasih Salina
Genre
Ditulis oleh
  • K. Adlie
  • Shaza Talib
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanAwan Mendung - Aiman Sidek & Alin Sidek
Lagu penutupAwan Mendung - Aiman Sidek & Alin Sidek
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifFairus Azmel Muhamad
PenerbitMohd Fazli Yahya
PenyuntingMache All Star United
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
P&D Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal18 Februari 2025 – 11 Mac 2025
Kronologi
MengikutiAkad Yang Terlindung
Diikuti olehSekam Di Dada
Rancangan berkaitan
Rindu Kasih

Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 24 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.