Terasul
Terasul merupakan sistem rujukan kehormat yang digunakan dalam pertuturan rasmi bahasa Melayu di Brunei bagi merujuk kepada orang-orang tertentu, terutama sekali kerabat diraja, pembesar dan orang-orang yang diberikan kehormatan. Ianya ialah frasa yang dibubuh sebelum menyebut atau menulis nama seseorang individu. Penggunaan terasul bergantung kepada darjat, pangkat, kedudukan dan gelaran orang yang dirujuk.