Teori domino
Teori domino (domino theory) merupakan suatu teori politik yang muncul antara dekad-dekad 1950-an dan 1980-an yang menyatakan bahawa sekiranya sebuah negara itu menerima ideologi atau pengaruh komunisme, maka negara-negara yang berjiranan dalam rantaunya akan "terjerumus" laksana "domino-domino yang berjatuhan". Teori ini dipakai pemerintahan Amerika Syarikat secara berterusan sepanjang berlakunya Perang Dingin bagi membenarkan campur tangan politik dalam negara-negara yang disyaki di seluruh dunia.
Teori ini pertama kali dijelaskan Presiden Amerika Syarikat Dwight D. Eisenhower dalam sebuah sidang akhbar tanggal 7 April 1954 saat membahas komunisme di Indochina, meskipun beliau sendiri tidak pernah menggunakan istilah "teori domino" secara langsungnya:
Finally, you have broader considerations that might follow what you would call the "falling domino" principle. You have a row of dominoes set up, you knock over the first one, and what will happen to the last one is the certainty that it will go over very quickly. So you could have a beginning of a disintegration that would have the most profound influences.
("Akhir sekali, anda punya suatu pertimbangan luas yang boleh mengikuti prinsip "domino jatuh". Anda punya sebaris domino. Jatuhkan domino pertama, dan apa yang akan terjadi pada domino terakhir ialah kepastian bahawa ia akan jatuh dengan sangat cepat. Maka, anda akan melihat suatu perpecahan yang mendatangkan pengaruh sangat besar.")