Tentera simpanan

Tentera simpanan, simpanan aktif, formasi simpanan, atau ringkasnya reserve, merujuk kepada sekumpulan anggota atau unit ketenteraan yang pada awalnya tidak digerakkan ke dalam pertempuran oleh komander, supaya mereka boleh digunakan untuk menangani situasi yang tidak dijangka atau mengambil peluang secara tiba-tiba.Simpanan mungkin ditangguh untuk pertahanan daripada serangan pihak musuh yang lain, digerakkan ke dalam pertempuran sedia ada jika musuh menunjukkan kelemahan, atau untuk menggantikan pasukan yang telah keletihan dalam pertempuran. Oleh kerana simpanan (terutamanya dalam pertahanan) merupakan satu bentuk "jaminan terhadap ketidaktentuan", maka saiz simpanan bergantung kepada tahap ketidaktentuan yang dihadapi oleh komander tentang niat musuh.Antara kategori simpanan tentera ialah: simpanan taktikal, simpanan operasi dan simpanan strategik.

Tentera simpanan (military reserve) tidak sama dengan pasukan tentera simpanan (military reserve force) yang mana pasukan simpanan tentera ialah organisasi ketenteraan yang terdiri daripada askar simpanan (reservist) yang mengekalkan kemahiran dan kesediaan ketenteraan mereka secara separuh masa untuk menyokong negara apabila diperlukan. Tentera simpanan pula merujuk kepada pasukan yang telah dilatih dan disusun, yang berada dalam keadaan siap sedia, dan boleh digerakkan bila-bila masa oleh pasukan utama dalam operasi ketenteraan.