Tentera Udara Romania
| Tentera Udara Romania Forţele Aeriene Române | |
|---|---|
| Ditubuhkan pada | 1912 |
| Negara | Romania |
| Saiz | 13,250 anggota 200+ pesawat |
| Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Romania |
| Ibu pejabat Arahan | Statul Major al Forţelor Aeriene - Bucharest |
| Komander | |
| Ketua Jeneral Staf Udara | Leftenan Jeneral Constantin Croitoru |
| Tanda kebesaran | |
| Roundel | |
| Bendera perang | |
| Pesawat udara | |
| Penyerang | MiG-21 LanceR 'B', IAR-330 SOCAT |
| Pejuang | MiG-21 LanceR 'A'/'C' |
| Pengawasan | Antonov An-30, RQ-7 Shadow |
| Pelatih | IAR-99, L-39, IAR 316, Antonov An-2, Yak-52 |
| Pengangkut | C-130H, Alenia C-27J Spartan, IAR-330 Puma |
Tentera Udara Romania (bahasa Romania:Forţele Aeriene Române) merupakan cabang tentera udara bagi Angkatan Tentera Romania. Ia memiliki ibu pejabat tentera udara, sebuah pejabat arahan operasi, empat pangkalan udara dan satu briged pertahanan udara. Pasukan-pasukan simpanan termasuk dua pangkalan udara dan tiga lapangan terbang.
Sebagai sebahagian daripada Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa di Afghanistan, Tentera Udara Romania ditugaskan bagi mengawal Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul.
Setakat tahun 2007, Tentera Udara Romania memiliki kekuatan seramai 13,250 anggota.