Tentera Laut Republik Islam Iran

Tentera Laut Republik Islam Iran
Mohor Tentera Laut Iran
Aktif500 SM–kini
Negara Iran
JenisTentera laut
PerananPeperangan laut
Saiz18,000 (anggaran 2011)
Sebahagian daripadaTentera (Artesh)
MarkasTehran
Nama samaranParsi: دریادلان, Daryādelān
"Seahearts"
MotoParsi: راه ما، راه حسین است, Rāh-e ma, rāh-e hoseyn ast
"Our Path, Is Hussain's Path"
Kawat18 April
Peringatan28 November (Hari Tentera Laut)
KelengkapanKapal-kapal terkini
Pertempuran
Komander
Komander
terkini
Komodor Hossein Khanzadi
Tanda kebesaran
Panji-panji
Bendera

Tentera Laut Republik Islam Iran (Parsi: نیروی دریایی ارتش جمهوری اسلامی ایران) disingkatkan NEDAJA (Parsi: نداجا), adalah cabang peperangan laut bagi Tentera Republik Islam Iran (Artesh).

Ia diberi tugas mengawal garisan pertahanan pertama Iran di Teluk Oman serta diluarnya dengan misi bertindak sebagai angkatan laut lepas yang efektif. Akan tetapi, ia secara umumnya dianggap sebagai angkatan laut sempadan yang konvensional kerana ia kebanyakannya beroperasi pada peringkat serantau, iaitu di Teluk Parsi dan Teluk Oman tetapi juga beroperasi jauh ke Laut Merah, Laut Mediterranean dan barat laut Lautan Hindi. Pada Julai 2016, pihak Tentera Laut menyatakan ia akan membuat kehadiran di Lautan Atlantik, bagi tempoh yang tidak ditentukan.

Salah satu dari dua cabang tentera maritim Iran bersama dengan Tentera Laut IRGC, fungsi dan bidang tanggungjawabnya bertindih dengan tentera laut yang lain, tetapi ia berbeza dari segi strategi ketenteraan dan peralatan. Berbeza dengan Tentera Laut IRGC, yang dilengkapi dengan kapal serang laju yang kecil, tulang belakang inventori tentera laut Artesh terdiri daripada kapal-kapal permukaan yang lebih besar, termasuk frigat, korvet, dan kapal selam.