Tentera Laut Libya
| Tentera Laut Libya | |
|---|---|
| القوات البحرية الليبية | |
Mohor Tentera Laut Libya | |
| Aktif | November 1962 – kini |
| Negara | Libya |
| Kesetiaan | Kerajaan Perpaduan Kebangsaan (pro-GNU) Dewan Perwakilan (pro-HoR) Bekas Government of National Accord |
| Cawangan | Angkatan Tentera Libya |
| Jenis | Tentera laut |
| Saiz | 15,000 anggota |
| Ibu pejabat | Tripoli (Tentera Darat Libya) Tobruk (Tentera Darat Kebangsaan Libya) |
| Kelengkapan | 1 frigat 1 korvet 1 bot peluru berpandu 2 penyapu ranjau 2 lancang pendaratan |
| Pertempuran | Aksi di Teluk Sidra (1986) Perang Saudara Libya 2011 Pertempuran Zawiya Kedua Perang Saudara Libya Kedua Pertempuran Sirte (2016) Kempen Libya Barat 2019-2020 |
| Komander | |
| Panglima Tertinggi | Mohamed al-Menfi |
| Ketua Staf Tentera Laut | Abdul Hakim Abu Hawliyeh (pro-GNU)(bekas pro-GNA) Admiral Faraj al-Mahdawi (pro-HoR) |
| Komander terkenal | Komander Rida Issa (pro-GNU) (dulunya pro-GNA) |
| Tanda kebesaran | |
| Panji | |
| Ensign | |
Tentera Laut Libya (Arab: قوات البحرية الليبية) merupakan cabang peperangan laut bagi Angkatan Tentera Libya. Ia ditubuhkan pada November 1962. Ia diketuai oleh Laksamana Mansour Bader, Ketua Staf bagi Tentera Laut Libya. Sebelum Perang Saudara Libya Pertama, Tentera Laut Libya merupakan sebuah pasukan yang tipikal agak kecil dengan pemilikan sejumlah kapal frigat, korvet dan bot peronda untuk mempertahankan garis pantainya, dengan keupayaan mempertahankan diri yang agak terhad.
Tentera laut biasanya merupakan cabang ketenteraan terkecil dalam angkatan bersenjata Libya dan bergantung tinggi pada sumber-sumber asing untuk peralatan, alat ganti dan latihan. Kebanyakan armada pada era Gaddafi telah musnah pada tahun 2011. Sejak permulaan Perang Saudara Libya Kedua, Tentera Laut Libya telah bersekutu dengan Government of National Accord (GNA), yang diketuai oleh Presiden Majlis di Tripoli, berasingan daripada kapal-kapal pengawal pantai yang berada di bawah kawalan Tentera Darat Kebangsaan Libya.