Tentera Laut Diraja Denmark

Tentera Laut Diraja Denmark
Søværnet
Ditubuhkan pada10 Ogos 1510 (1510-08-10)
Negara Alam Denmark
Kesetiaan Denmark
JenisTentera laut
PerananPeperangan laut
Saiz3,400 anggota + 200 kerahan
44 kapal, dan 30 bot
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Denmark
PertempuranPerang Pembebasan Sweden (1510–23)
Count's Feud (1534–36)
Perang Tujuh Tahun Nordic (1563–70)
Perang Kalmar (1611–13)
Perang Torstenson (1643–45)
Perang Nordic Kedua (1657–60)
Perang Scania (1675–79)
Perang Nordic Besar (1700 & 1709–20)
Perang Algeria-Denmark (1769–70)
Tindakan 16 Mei 1797
Pertempuran Copenhagen (1801)
Pertempuran Copenhagen (1807)
Perang Gunboat (1807–14)
Perang Schleswig Pertama (1848–51)
Perang Schleswig Kedua (1864)
Operasi Safari (1943)
Operasi Desert Shield (1990–91)
Operasi Sharp Guard (1993–96)
Operasi Iraqi Freedom (2003)
Combined Task Force 150 (2008–)
Combined Task Force 151 (2009–)
Laman webOfficial Website
Official Facebook
Komander
Chief of DefenceJeneral Flemming Lentfer
Panglima Tentera LautLaksamana Muda Torben Mikkelsen
Komander
terkenal
Søren Norby, Peter Tordenskjold, Ivar Huitfeldt, Niels Juel, Herluf Trolle, Olfert Fischer, A. H. Vedel
Tanda kebesaran
Lambang dan jack tentera laut

Tentera Laut Diraja Denmark (Denmark: Søværnet, har. Tentera Laut) adalah sebuah cabang ketenteraan laut dalam Angkatan Tentera Denmark. RDN bertanggungjawab dalam pertahanan maritim dan mengekalkan kedaulatan wilayah perairan Denmark (termasuk Faroe Islands dan Greenland). Tugas-tugas lain termasuk pengawasan, cari dan selamat, pemecahan ais, mencegah dan membendung tumpahan minyak selain sumbangan kepada pasukan dan tugasan antarabangsa.

Penamaan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Denmark diawali dengan KDM (Kongelige Danske Marine) di dalam bahasa Denmark atau juga HDMS (Her / His Danish Majesty's Ship) dalam bahasa Inggeris. Denmark merupakan salah sebuah negara pertubuhan NATO yang tidak memiliki kapal selam meskipun sebelumnya pernah mengoperasikannya. Kali terakhir Denmark membersarakan operasi kapal selam pada tahun 2004 dalam satu persetujuan kerjasama pertahanan dan penstrukturan semula.