Tentera Darat Pakistan
| Tentera Darat Pakistan | |
|---|---|
Bendera Tentera Darat Pakistan | |
| Ditubuhkan pada | 14 Ogos, 1947 |
| Negara | Pakistan |
| Saiz | 612,000 anggota aktif (Pusat Maklumat Pertahanan) |
| Sebahagian daripada | Angkatan Tentara Pakistan |
| Ibu pejabat | Rawalpindi, GHQ |
| Moto | Iman, Taqwa, Jihad fi Sabilillah. |
| Warna | Hijau dan Putih |
| Komander | |
| Ketua Staf Tentera Darat | Jeneral Ashfaq Pervez Kayani |
| Komander terkenal | Fil Marshal Ayub Khan Jeneral Zia-ul-haq Jeneral Pervez Musharraf |
| Pesawat udara | |
| Penyerang | Bell AH-1 Cobra |
| Helikopter | Bell 412, Bell 407 |
| Pengangkut | Mil Mi-8/17, Aérospatiale Alouette III, Bell 412, |
Tentera Darat Pakistan (Urdu: پاک فوج) adalah cabang tentera darat bagi Angkatan Tentera Pakistan yang bertanggungjawab untuk operasi-operasi ketenteraan di darat. Ia merupakan cabang tertua dan terbesar dalam angkatan bersenjata Pakistan. Tentera Darat Pakistan ditubuhkan selepas Pembahagian India yang menyaksikan kemerdekaan Pakistan pada tahun 1947. Ia kini diketuai oleh Jeneral Ashfaq Parvez Kayani.