Tentera Darat Kedua Hungary

Tentera Darat Ke-2
Második Magyar Hadsereg
Sebuah konvoi askar Hungary di Rusia pada 1942
Aktif1940–44
Negara Kerajaan Hungary
CawanganTentera Darat Diraja Hungary
JenisInfantri
PerananPeperangan anti-pesawat
Peperangan anti-kereta kebal
Peperangan berperisai
Peninjau artileri
Taktik kavalri
Serangan pantas
Peperangan musim sejuk
Gabungan tempur
Tembakan langsung
Bantuan tembakan
Tembakan tidak langsung
Peperangan muslihat
Rondaan
Serbuan
Peninjauan ketenteraan
Peperangan bandar
SaizTentera Darat Medan (209,000) (11 April 1942)
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Gusztáv Jány
Géza Lakatos

Tentera Darat Kedua Hungary (Második Magyar Hadsereg) merupakan salah satu daripada tiga tentera darat medan yang dibentuk oleh Kerajaan Hungary dan terlibat banyak pertempuran dalam Perang Dunia Kedua. Ketiga-tiga ketumbukan ini ditubuhkan pada 1 Mac 1940. Tentera Darat Kedua merupakan formasi Hungary yang paling lengkap dari segi kelengkapan pada permulaan perang, namun hampir dihapuskan sepenuhnya sebagai unit tempur yang berkesan akibat serangan hebat oleh tentera Soviet semasa Pertempuran Stalingrad, dengan kadar korban mencecah 84%. Menjelang penghujung perang, Tentera Darat Kedua yang telah dibentuk semula bertempur dengan lebih berjaya dalam Pertempuran Debrecen, namun semasa Pengepungan Budapest yang berlaku selepas itu, ia dimusnahkan sepenuhnya dan diserap masuk ke dalam Tentera Darat Ketiga Hungary.