Tentera Darat Itali

Esercito Italiano
Tentera Darat Itali
Jata Tentera Darat Itali
Aktif27 Mac 1861 - kini
NegaraItali
KesetiaanRepublik Itali
JenisTentera darat
Saiz105,062 (2012)
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Itali
PangkalanRome
MotoLatin: Salus Rei Publicae Suprema Lex Esto
"Melindungi republik hendaklah menjadi keutamaan tertinggi"
KawatParata d'Eroi (Heroes' Parade) oleh Francesco Pellegrino,
4 Maggio (Mei 4) oleh Fulvio Creux
PeringatanNovember 4, Hari Angkatan Tentera dan Perpaduan Nasional
Mei 4, Hari Tentera Darat
PertempuranRisorgimento
Perang 1866
Perang Itali-Habsyah Pertama
Perang Itali-Turki
Perang Dunia I
Perang Itali-Habsyah Kedua
Perang Saudara Sepanyol
Penjajahan Itali keatas Albania
Perang Dunia II
Perang Iraq
Perang di Afghanistan
Perang Terhadap Keganasan
Penobatan3 Cavalier Crosses of the Military Order of Italy
1 Gold Medal of Military Valor
2 Gold Medals of Civil Valor
1 Silver Medal of Civil Valor
1 Silver Medal of Civil Merit
Komander
Presiden ItaliGiorgio Napolitano
Capo di stato maggiore dell’Esercito
(Ketua Turus Am Tentera Darat)
Generale di corpo d'armata Claudio Graziano
Komander
terkenal
Giuseppe Garibaldi
Armando Diaz
Luigi Cadorna
Emanuele Filiberto, Duke Ke2 Aosta
Enrico Caviglia
Ettore Bastico
Emilio De Bono
Ugo Cavallero
Pietro Badoglio
Rodolfo Graziani
Giovanni Messe

Tentera Darat Itali (Esercito Italiano) ialah pasukan pertahanan darat bagi Angkatan Tentera Itali. Sejarah tentera darat ini bermula sejak penyatuan Itali pada 1850-an dan 1860-an. Tentera darat ini berjuang dalam pertempuran kolonial di China, Libya (1911-1912), di utara Itali menentang Empayar Austria-Hungary semasa Perang Dunia I, Habsyah sebelum Perang Dunia II, dan dalam Perang Dunia II di Albania, Greece, Afrika utara, Rusia dan Itali sendiri. Semasa Perang Dingin tentera darat ini mempersiapkan pertahanan diri dari serangan timur oleh Pakatan Warsaw. Sejak berakhirnya Perang Dingin tentera darat ini telah terlibat secara meluas sebagai pasukan pengaman dan peperangan di Afghanistan dan Iraq.

Kenderaan-kenderaan tempurnya yang paling terkenal ialah kenderaan tempur infantri Dardo, pemusnah kereta kebal Centauro dan kereta kebal Ariete, dan antara pesawat terkenalnya adalah helikopter penyerang Mangusta, baru-baru ini dikerahkan dalam misi PBB.

Ibu pejabat Turus Am Tentera Darat terletak di Rom, bertentangan Istana Presiden. Tentera darat ini adalah sebuah pasukan aktif anggota sepenuh masa, berjumlah 105,062 anggota pada tahun 2012.