Tenrecidae
| Tenrecidae Julat zaman:
| |
|---|---|
| Tanderak togel (Tenrec ecaudatus) | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Mammalia |
| Order: | Afrosoricida |
| Suborder: | Tenrecomorpha |
| Keluarga: | Tenrecidae Gray, 1821 |
| Genus jenis | |
| Tenrec Lacépède, 1799
| |
| Cabang | |
| |
| Hitam: Tenrecinae ; Biru: Tenrecinae dan Oryzorictinae ; Merah: Geogalinae dan Tenrecinae ; Ungu: Geogalinae , Oryzorictinae dan Tenrecinae | |
Tenrecidae ialah keluarga afroteria yang endemik dalam pulau Madagaskar merangkumi mana-mana spesies mamalia kecil yang disebut setempatnya sebagai tandraka atau trandraka.
Semua spesies tanderak dipercayai berasal daripada suatu haiwan leluhur sama yang hidup 29–37 juta tahun lalu selepas dibawa terhanyut seberang dari benua Afrika. Evolusi beransur-ansur keturunan haiwan asal yang terselamat ini lama-lama mewujudkan banyak spesies moden berbadan mirip aneka rodensia, landak susu, oposum dan yang seumpamanya menduduki pelbagai persekitaran baik daratan, atas pepohon mahupun kawasan berair dalam pulau tersebut.