Tenggiling
| Tenggiling Julat zaman: Paleosen Awal – kini
| |
|---|---|
| Tenggiling India | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | Pholidota Weber, 1904
|
| Taburan spesies yang masih wujud | |
| Sinonim | |
|
Senarai sinonim:
| |
Tenggiling, senggiling atau pengguling ialah spesies mamalia dalam order Pholidota. Order ini mempunyai satu keluarga yang masih wujud iaitu keluarga Manidae; keluarga ini terdiri daripada genus-genus Manis, Phataginus, dan Smutsia. Genus Manis mempunyai empat spesies yang ditemukan di Asia, manakala genus-genus Phataginus dan Smutsia masing-masing mempunyai dua spesies yang ditemukan di Afrika sub-Sahara.
Tubuh badannya dipenuhi sisik keras dan tajam. Apabila ia merasa dalam keadaan berbahaya, ia akan menggulungkan tubuhnya menjadi seperti bola untuk mempertahankan diri daripada pemangsa.