Tenet

Tenet
Logo filem
PengarahChristopher Nolan
PenulisChristopher Nolan
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiHoyte van Hoytema
Disunting olehJennifer Lame
Muzik olehLudwig Göransson
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWarner Bros. Pictures
Tarikh tayangan
  • 26 Ogos 2020 (2020-08-26) (United Kingdom)
  • 3 September 2020 (2020-09-03) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
150 minit
Negara
  • United Kingdom
  • Amerika Syarikat
BahasaInggeris
BajetUSD200–225 juta
Pecah panggung$146.2 juta

Tenet merupakan sebuah filem aksi debaran cereka sains yand ditulis dan diarahkan oleh Christopher Nolan dengan lakonan John David Washington, Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Michael Caine serta Kenneth Branagh. Kisahnya tentang seorang ejen rahsia yang memanipulasi masa untuk mencegah Perang Dunia Ketiga daripada tercetus.

Nolan mengambil masa lebih lima tahun untuk menulis skripnya setelah lebih sedekad memikirkan idea-idea utama bagi Tenet. Pemilihan pelakon diadakan pada Mac 2019, dan penggambaran am bermula pada Mei 2019, dilakukan di negara-negara Denmark, Estonia, India, Itali, Norway, United Kingdom, dan Amerika Syarikat, dirakam dalam format 70 mm dan IMAX oleh jurusinematograf Hoyte van Hoytema.

Setelah ditangguh tiga kali akibat pandemik COVID-19, Tenet mula-mula dikeluarkan di United Kingdom dan negara-negara lain yang terpilih pada 26 Ogos 2020, diikuti Amerika Syarikat pada 3 September 2020, dalam format IMAX, 35 mm, dan 70 mm. Filem ini disambut baik oleh para pengkritik yang mengatakan ia lebih baik daripada filem Inception juga arahan Nolan, serta memuji persembahan barisan pelakon, tetapi dibidas kerana jalan cerita yang mengelirukan dan pembawaan yang kurang emosi.