Tenaga keupayaan graviti
Tenaga keupayaan graviti atau tenaga graviti ialah tenaga keupayaan yang dimiliki oleh objek yang mempunyai berjisim dengan objek berjisim yang lain akibat tindakan graviti. Ia adalah tenaga keupayaan yang berkaitan dengan medan graviti, yang dibebaskan (ditukar kepada tenaga kinetik) apabila objek jatuh bebas ke arah satu sama lain. Tenaga keupayaan graviti meningkat apabila dua objek dipisahkan lebih jauh.