Telur mata lembu

Telur mata kerbau (jawi: تلور مات کرباو ) dipercayai merupakan kata khas untuk telur goreng yang diadaptasi daripada terjemahan bahasa Perancis (oeufs de buffle). Juga di Nusantara disebut "Telur mata kerbau" (Sumatera & Negeri Sembilan), "Telur mata sapi" (bahasa Indonesia). Telur mata lembu ialah hidangan telur (biasanya telur ayam) yang digoreng dengan minyak masak panas tanpa diaduk terlebih dahulu. Di Indonesia ia lebih dikenali sebagai telur ceplok.