Telegram Zimmermann
Telegram Zimmermann merupakan telegram yang dihantar oleh Setiausaha Asing Empayar Jerman, Arthur Zimmermann, pada 16 Januari 1917, kepada duta Jerman di Mexico, Heinrich von Eckardt, pada kemuncak Perang Dunia I. Ia mengarah duta Jerman agar menghubungi kerajaan Mexico dengan cadangan untuk membentuk pakatan menentang Amerika Syarikat. Ia berjaya dipintas dan dinyahsulit oleh Britain dan kandungannya mempercepatkan penyertaan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia I.