Teknologi tinggi
Teknologi tinggi (high tech), juga dikenali sebagi teknologi perbatasan (frontier tech), ialah teknologi yang termaju: teknologi paling mendahului masanya yang sedia ada. Ia boleh ditakrifkan sama ada teknologi yang paling kompleks atau terbaharu di pasaran. Lawan teknologi tinggi ialah teknologi rendah, merujuk teknologi ringkas dan selalunya tradisional atau mekanikal; contohnya, mistar hitung ialah alat hitung yang berteknologi rendah. Apabila teknologi tinggi menjadi, ia menjadi teknologi rendah, contohnya elektronik tiub hampagas.