Teknologi halimunan

Teknologi halimunan (bahasa Inggeris: stealth technology) yang juga dikenali sebagai teknologi LO (Teknologi Tahap Penglihatan Rendah) merupakan subdisiplin langkah balas elektronik ketenteraan yang merangkumi teknik yang digunakan bersama-sama pesawat udara, kapal dan peluru berpandu supaya tidak dapat dikesan oleh radar, inframerah dan kaedah pengesanan lain.

Konsep halimunan bukanlah sesuatu yang baru - kemampuan melakukan operasi tanpa pengetahuan musuh sentiasa menjadi matlamat teknologi dan teknik ketenteraan. Namun begitu, oleh sebab kekuatan teknologi pengesanan serta pintasan (radar, IRST, peluru berpandu permukaan ke udara dan sebagainya) telah meningkat, demikian juga reka bentuk dan operasi kenderaan ketenteraan.

Teknik halimunan mungkin boleh dikesan akhirnya dalam misi tertentu seperti sewaktu sasaran telah dimusnahkan tetapi penggunaan sistem halimunan yang tepat harus mencari bagaimana mengurangkan kebarangkalian untuk dikesan. Serang hendap memberi penyerang lebih masa untuk melaksanakan misinya dan keluar sebelum barisan pertahanan melakukan serangan balas. Sekiranya barisan pertahanan peluru berpandu darat ke udara yang mengawasi bom yang gugur dapat mengagak bahawa terdapat pesawat udara halimunan di kawasan sekitar, ia masih tidak boleh membalas jika tidak dapat mengunci sasaran pesawat udara terbabit supaya dapat memasukkan maklumat pada peluru berpandunya.