Taxi Driver
| Taxi Driver | |
|---|---|
| Pengarah | Martin Scorsese |
| Penulis | Paul Schrader |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Michael Chapman |
| Disunting oleh |
|
| Muzik oleh | Bernard Herrmann |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh | Columbia Pictures |
Tarikh tayangan | 8 Februari 1976 |
Masa tayangan | 113 minit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
| Bajet | $1.3 juta |
| Pecah panggung | $28.3 juta |
Taxi Driver ("Pemandu Teksi") ialah sebuah filem vigilante Amerika Syarikat tahun 1976 dengan elemen neo-noir dan seram ngeri psikologi arahan Martin Scorsese berdasarkan skrip ditulis Paul Schrader. Berlatarkan Bandar Raya New York selepas Perang Vietnam, filem ini dibintangi Robert De Niro serta menampilkan Jodie Foster, Harvey Keitel, Cybill Shepherd, Peter Boyle dan Albert Brooks.
Filem ini kerap kali disebut oleh pengkritik, pengarah filem dan penonton sebagai salah satu filem terbaik sepanjang zaman. Dicalonkan untuk empat Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik, ia memenangi Palme d'Or di Festival Filem Cannes 1976. Filem ini diiktiraf oleh Perpustakaan Kongres Amerka Syarikat atas cirinya yang "berkepentingan tinggi kepada budaya, sejarah atau estetika", malah ia turut disenaraikan dalam pemeliharaan Pendaftaran Filem Kebangsaan pada tahun 1994.