Taur Matan Ruak
Taur Matan Ruak | |
|---|---|
Potret rasmi, 2018 | |
| Perdana Menteri Timor Leste ke-8 | |
| Dalam jawatan 22 Jun 2018 – 1 Julai 2023 | |
| Presiden | Francisco Guterres José Ramos-Horta |
| Didahului oleh | Mari Alkatiri |
| Digantikan oleh | Xanana Gusmão |
| Presiden Timor Leste ke-5 | |
| Dalam jawatan 19 Mei 2012 – 19 Mei 2017 | |
| Perdana Menteri | Xanana Gusmão |
| Didahului oleh | José Ramos-Horta |
| Digantikan oleh | Francisco Guterres |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 10 Oktober 1956 Baguia, Timor Portugis (kini Timor Leste) |
| Parti politik | Bebas |
| Perkhidmatan tentera | |
| Tahun khidmat | 1975–2011 |
| Pangkat | Mejar Jeneral |
| Pangkalan | Sektor Ponta Leste Falintil Pasukan Pertahanan Timor Leste |
| Perang/Pertempuran | Pendudukan Indonesia di Timor Timur |
José Maria Vasconcelos, lebih dikenali sebagai Taur Matan Ruak (bahasa Tetum: "Dua Mata Tajam") ialah ahli politik Timor-Leste yang berkhidmat sebagai perdana menteri negara tersebut dari 2018 hingga 2023 dan presiden Timor Leste dari 2012 hingga 2017. Beliau juga merupakan bekas Mejar Jeneral dan komander FALINTIL-Forças de Defesa de Timor-Leste (F-FDTL), Pasukan Pertahanan Timor Leste, sehingga 6 Oktober 2011. Sebelum berkhidmat dengan F-FDTL, beliau merupakan komander terakhir Angkatan Tentera Pembebeasan Kebangsaan Timor Timur atau Falintil (Forças Armadas para a Liberação Nacional do Timor Leste), tentera pemberontak yang menentang pendudukan pulau itu oleh Indonesia, dari 1975 hingga 1999.
Selepas meletak jawatan daripada tentera, Ruak menyertai pilihan raya presiden Mac-April 2012. Walaupun bertanding sebagai calon bebas, beliau mendapat sokongan parti kedua terbesar di negara itu, Kongres Nasional bagi Pembinaan Semula Timur Leste (CNRT) pimpinan Perdana Menteri Xanana Gusmao. Beliau akhirnya menewaskan Francisco Guterres dalam pusingan kedua pada 16 April.