Tasik Pedu

Tasik Pedu
Tasik Pedu
LokasiPadang Terap, Kedah, Malaysia
Koordinat6°14′50″N 100°48′47″E / 6.247109°N 100.81295°E / 6.247109; 100.81295
JenisTasik buatan
Negara lembanganMalaysia
Luas permukaan75 km2 (29 bt2)

Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang (ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand. Tasik Pedu merupakan tasik buatan manusia yang meliputi kawasan seluas 75 km persegi dan mempunyai kedalaman kira-kira 100 meter.