Tasik-Tasik Besar Amerika
Tasik-Tasik Besar di Amerika Utara (bahasa Inggeris: Great Lakes, Perancis: Grands Lacs) terdiri dari lima buah tasik besar yang terletak di bahagian timur benua tersebut berdekatan sempadan antara negara-negara Kanada dan Amerika Syarikat. Kelompok tasik ini termasuklah tasik-tasik Erie, Huron, Michigan, Ontario dan Superior membentuk rangkaian atau kumpulan tasik air tawar terbesar di dunia. Sistem tasik ini kadangkala dianggap sebagai laut pedalaman. Kumpulan Tasik ini bertemu dengan Lautan Atlantik di timur melalui Sungai Lawrence.