Tasha Shilla

Tasha Shilla
Tasha dalam sesi fotografi pada 2013.
Kelahiran
Natasha Sheila binti Abdul Razak

(1987-01-25) 25 Januari 1987
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1999–kini
PasanganMuhammad Atiq Idris (k. 2020)
Anak-anak2

Natasha Sheila Abdul Razak (lahir 25 Januari 1987) atau lebih dikenali sebagai Tasha Shilla merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Tasha memulakan kerjaya lakonannya pada 1999, ketika berusia 12 tahun, muncul dalam beberapa siri televisyen dan filem. Antara drama lakonannya ialah Tentang Dhia dan Tabir Zulaikha. Tasha juga mempunyai peranan di layar lebar termasuk Ratu The Movie dan Klip 3GP, kedua-duanya dikeluarkan pada 2011.