Tash Yong

Tash Yong
Kelahiran
Nur Natasha Shazlia binti Rosli

(1990-11-17) 17 November 1990
Nama lain
  • Tash Shazleya
  • Tash Young
PendidikanDiploma Teater
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanPelakon, penyanyi, model
Tahun aktif2009–kini
Ibu bapa

Nur Natasha Shazlia Rosli (lahir 17 November 1990) atau lebih dikenali sebagai Tash Yong (kadangkala ditulis sebagai Tash Young; Jawi: تص يوڠ) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia dan anak kepada komposer muzik terkenal, Rosli Selasih. Beliau terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Cinta Ibadah (2014), Memori Cinta Suraya (2015), Menantu Ting Tong (2016) dan Shhh... I Love You (2017). Sebagai pelakon filem, kerjaya filem Tash bermula dengan Kastil Tua (2015).