Ngajat
| Nama asli | Melayu: Tarian Ngajat Menurut Kamus Dewan Bahasa Iban Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, perkataan "ngajat" berasal daripada kata kerja "kajat" yang bermaksud terlompat-lompat. |
|---|---|
| Genre | Tradisional |
| Alat muzik | tawak (gong), bebendai (canang), ketebung (gendang), engkerumung (keromong) Muzik tradisional Iban yang bernama Tabuh Iban dirakam di Sarawak, Malaysia pada tahun 1979. |
| Tahun | 2007 - Warisan Budaya Tak Ketara Kebangsaan Malaysia oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia |
| Asal usul | Sarawak, Malaysia |
Tarian Ngajat adalah salah satu tarian tradisional yang berasal daripada Sarawak,Malaysia. Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:
- Ngajat Indu
- Ngajat Bebunuh
- Ngajat Lesung
- Ngajat Semain
- Ngajat Berayah
- Ngajat Pua Kumbu
- Ngajat Kuta
- Ngajat Ngalu Temuai
- Ngajat Mai antu pala
Asal-usul tarian ngajat menurut kajian pakar sains dan arkeologi mendapati bahawa ngajat merupakan tarian yang berasal dari Sarawak bermula daripada penghijrahan orang Iban dari Gua Niah ke Kapuas di Kalimantan Barat. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan Ngajat sebagai salah satu daripada senarai Warisan Negara Tak Ketara pada tahun 2007. Hal ini dilihat dari perbedaan pakaian tradisi sama musik serta rentak tari. Di Sarawak, masyarakat Iban memilih memakai baju tradisi dari leluhur mereka. Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormatan dan orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil membawa tengkorak musuh. Ketika tarian ini ditarikan penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.